Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Nokia 8 yang merupakan telefon pintar utama Nokia bagi tahun 2017 kini secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia.

Bercakap mengenai spesifikasi, Nokia 8 hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,090mAh.

Selain itu, Nokia 8 juga memiliki teknologi dwi-kamera dengan dua unit kamera 13MP (satu lensa biasa dan satu lensa monokrom) yang dibekalkan oleh Zeiss dan turut menyokong rakaman video 4K dengan audio OZO. kamera selfie Nokia 8 juga adalah 13MP.

Nokia 8 juga hadir dengan satu fungsi menarik yang membolehkan anda membuat pengstriman video secara langsung ke Facebook menggunakan dua kamera secara serentak dan ciri ini dikenali sebagai ‘Dual-Sight’.

Selain Facebook, ciri ‘Dual-Sight’ turut boleh digunakan pada YouTube, Snapchat dan mungkin akan tiba ke Instagram juga.

Nokia 8 juga hadir dengan pengalaman Android yang tulen dengan versi Android Nougat 7.1.1 namun ianya mungkin akan menerima Android Oreo didalam masa terdekat.

Nokia 8 akan ditawarkan pada harga RM 2,299 dan hadir didalam 4 warna iaitu biru, biru kilat, perak dan tembaga ( akan memasuki pasaran tempatan pada tarikh yang akan diumumkan).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.