Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei mengatasi Apple sebagai syarikat telefon pintar No.2 Dunia

Huawei mengatasi Apple sebagai syarikat telefon pintar No.2 Dunia 1

Huawei mengatasi Apple sebagai syarikat telefon pintar No.2 Dunia 2

Menurut satu laporan terbaru dari Counterpoint, Huawei telah mengatasi Apple untuk menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia. Syarikat China ini telah berjaya mencapai mengatasi Apple untuk dua bulan iaitu pada bulan Jun dan Julai.

Huawei mengatasi Apple sebagai syarikat telefon pintar No.2 Dunia 3

Gelaran No.1 masih dikekalkan oleh Samsung dan laporan ini juga memberikan indikasi bahawa penjualan peranti Huawei bagi bulan Ogos juga kukuh dan tidak mustahil Huawei akan kekal sebagai syarikat pengeluar telefon pintar No.2 dunia bagi tiga bulan berturut-turut.

Huawei mengatasi Apple sebagai syarikat telefon pintar No.2 Dunia 4

Selain itu, Laporan Counterpoint ini juga memberikan senarai model yang mencapai penjualan terbaik dimana Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menduduki dua tangga pertama, di ikuti Oppo R11, Oppo A57, Samsung Galaxy S8, Redmi Note 4X, Galaxy S8+, Apple iPhone 6, J7 Prime dan Galaxy A5 2017.

Walaupun Huawei berjaya menaiki tangga kedua, tiada satu pun peranti keluaran syarikat ini berada di dalam senarai 10 model terbaik.

Apple dijangka akan kembali mendominasi atau sekurang-kurangnya mengambil alih semula kedudukan No.2 selepas pelancaran generasi baru Apple iPhone hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.