Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei akan memperkenalkan satu lagi model baru didalam siri Nova 2

Huawei akan memperkenalkan satu lagi model baru didalam siri Nova 2 1

Huawei Nova 2 Plus telah memasuki pasaran Malaysia awal bulan ini dan ianya kini sudah ditawarkan pada harga RM 1,999.

Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bahawa satu lagi model didalam siri Nova akan diperkenalkan di Malaysia namun buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenai status model ini.

Walaubagaimanapun, kami telah di maklumkan bahawa telefon pintar Nova yang baru ini akan turut meletakkan fokus utamanya kepada penawaran teknologi kamera selfie yang baik.

sebagai perbandingan, Huawei Nova  2 Plus hadir dengan kamera 21MP dan telefon pintar Nova 2 yang baru mungkin akan memiliki kamera yang setaraf ataupun lebih baik dari Nova 2 Plus.

berdasarkan gambar yang dikeluarkan ini, kita mungkin menyaksikan telefon pintar Nova ini hadir dengan dua unit kamera berkembar iaitu pada bahagian hadapan dan belakang.

Harga Penjualan telefon pintar Nova yang baru ini masih belum diketahui namun ianya mungkin berada pada harga yang sama seperti Nova 2 Plus.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.