Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2017

Huawei Mate 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2017 1

Selepas pelancaran telefon pintar Siri P Huawei, syarikat ini bakal melancarkan telefon pintar siri Mate dan model tahun ini akan dikenali sebagai Huawei Mate 10.

Walaupun tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan, Huawei Mate 10 kini dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2017 di kota Munich , Jerman.

Maklumat ini telah dikeluarkan sendiri oleh Pegawai pemasaran peranti Huawei Malaysia melalui akaun Facebook peribadi beliau.

Huawei Mate 10 akan menjadi telefon pintar phablet yang akan hadir dengan panel bezel sisi yang nipis selain kamera dwi-lensa dengan pensijilan Leica.

Selain itu, Huawei Mate 10 juga dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 970, sehingga 6GB RAM dan sehingga 128GB memori simpanan dalaman.

Dengan pelancaran rasmi masih berbaki 2 bulan lagi, kita mungkin akan menerima lebih banyak maklumat mengenai Huawei Mate 10.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.