Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus akan dilancarkan di Malaysia Ogos ini

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Nova 2 dan Nova 2 Plus akan dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Ogos.

Dengan membawa masuk telefon pintar ini, Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus akan menjadi taruhan terbaik syarikat untuk bersaing bersama-sama Oppo dan Vivo didalam pasaran telefon pintar pro-selfie.

  • Berikut adalah ciri yang dimiliki oleh telefon pintar terbaru Huawei ini
  • kamera selfie 20MP dengan kualiti gambar terbaik dikeadaan cahaya malap
  • pengambilan selfie dengan hanya melambaikan tangan\
  • pengesan muka 3D
  • teknologi pencantikan Beautify 4.0
  • pengambilan selfie dengan mod bokeh dan previu secara langsung

Walaupun telah mengesahkan penawaran Nova 2 dan Nova 2 Plus di Malaysia, Huawei Malaysia masih belum mengumumkan maklumat harga dan tarikh penjualan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.