Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3310, Nokia 3 dan Nokia 5 mula dijual di Malaysia

HMD Global secara rasminya telah memperkenalkan 4 peranti Nokia ke pasaran Malaysia pada hujung bulan Mei dan kini tiga daripada 4 model yang dilancarkan telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Tiga model Nokia yang kami maksudkan adalah Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 3310.

Nokia 3 adalah peranti kelas permulaan yang hadir dengan skrin 5.0 inci IPS LCD HD, pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte.

Kamera belakang dan hadapan menggunakan 8-Megapixel f/2.0. Bateri ibersaiz 2,650 mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android 7.0.

Nokia 5 pula menawarkan skrin 5.2 inci IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte.

Ianya mempunyai kamera utama 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Bateri pula bersaiz 3,000 mAh. Sistem operasi Nokia 5 ini menggunakan Android 7.1.1.

Nokia 3310 pula hadir dengan skrin bersaiz 2.4-inci, storan 16MB dengan sokongan kad mikro-SD, serta kamera belakang 2-megapixel. Untuk sokongan internet, peranti ini hanya menyokong rangkaian 2G sahaja.

Di samping itu, anda juga boleh muat turun beberapa aplikasi melalui Opera Store yang terbina pada telefon pintar ini.

Nokia 3 hadir dengan harga penjualan RM 599 diikuti Nokia 5 pada harga RM 799 manakala Nokia 3310 (2017) pula akan ditawarkan pada harga RM 239.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai penawaran Nokia 6 ke pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.