Asus ZenFone AR kini di Malaysia – RM 3799
Asus secara rasminya telah melancarkan ZenFone AR ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 3,799.
Apa yang menarik pada Asus ZenFone AR ini adalah ianya adalah telefon pintar pertama didunia untuk menyokong kandungan realiti maya dan juga merupakan peranti pertama untuk menyokong Google Tango dan DayDream.
Asus ZenFone AR diperkenalkan di CES ( mendapat anugerah telefon pintar terbaik di CES 2017) pada bulan Januari yang lalu dan selepas hampir beberapa bulan ianya kini akan tiba di Malaysia.
Berikut adalah spesifikasi Asus ZenFone AR :
- Skrin paparan WQHD Super AMOLED berukuran 5.7-inci ( dilapisi Gorilla Glass 4)
- Pemproses Qualcomm Snapdragon 821 yang menyokong Google Tango ( GPU Adreno 530)
- 8GB RAM/128GB ROM UFS 2.0
- Kamera utama Sony IMX318 23MP dengan teknologi PixelMaster 3.0
- Kamera Selfie 8MP OV 8856
- pembesar suara Asus SonicMaster
Menyentuh sedikit mengenai kamera yang dimiliki oleh Asus ZenFone AR, telefon pintar ini memiliki teknologi kamera TriCam yang mana terdapat tiga unit kamera dibahagian belakang dengan dua unit tambahan adalah kamera ‘motion tracking’ dan ‘depth sensing’ ( untuk kandungan VR).
Asus ZenFone AR mempunyai harga penjualan RM 3,799 yang meletakkan telefon pintar ini sebagai telefon pintar Asus termahal pernah ditawarkan di Malaysia.
Asus ZenFone AR akan ditawarkan didalam warna hitam mulai 10 Julai dan pembelian Asus ZenFone AR ini turut hadir dengan jaminan waranti pertukaran 1 kepada 1 selama 12 bulan.