HMD Global bakal melancarkan Nokia 3, 5 dan 6 di Malaysia pada 30 Mei
HMD Global bakal melancarkan Nokia 3, 5 dan 6 di Malaysia pada 30 Mei
Hari ini, kami telah menerima jemputan daripada HMD Global untuk pelancaran telefon pintar Nokia terbaru iaitu Nokia 3, 5 dan 6.
Ketiga-tiga peranti ini diperkenalkan ketika acara MWC 2017 pada penghujung Februari lalu. Kini, HMD Global akan melancarkan peranti-peranti ini pada hujung bulan ini pada 30 Mei.
Nokia 3 adalah peranti kelas permulaan yang hadir dengan skrin 5.0 inci IPS LCD HD, pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera belakang dan hadapan menggunakan 8-Megapixel f/2.0. Bateri is bersaiz 2,650 mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android 7.0. Harga jualan Nokia 3 ini adalah Euro 139 (~RM 651).
Nokia 5 pula menawarkan skrin 5.2 inci IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Ia mempunyai kamera utama 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Bateri pula bersaiz 3,000 mAh. Sistem operasi Nokia 5 ini menggunakan Android 7.1.1 dan ia dijual pada harga Euro 189 (~RM 886).
Nokia 6 yang dilancarkan pada bulan lalu bersaiz 5.5 inci dengan skrin IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama ia adalah 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Bateri ia sebesar 3,000 mAh dan menggunakan Android 7.1.1. Harga jualan Nokia 6 ini pula adalah Euro 229 (~RM 1073).