Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar Unlimited Hero dengan penawaran data dan panggilan tanpa had pada harga RM78 sebulan!

U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar Unlimited Hero dengan penawaran data dan panggilan tanpa had pada harga RM78 sebulan!

Hari ini, U Mobile telah melancarkan pelan pascabayar terbaru yang menawarkan data serta panggilan tanpa had pada harga bulanan RM78. Pelan ini merupakan pelan pascabayar paling murah dengan penawaran data tanpa had.

Sebelum ini, Pelan Pascabayar 80 Infinite daripada Digi yang turut menawarkan data tanpa had pada harga RM80 sebulan adalah pelan pascabayar termurah dengan penawaran data tanpa had. Kini, pelan RM78 terbaru U Mobile ini telah menggantinya sebagai pelan paling murah dengan data tanpa had di Malaysia.

Kelajuan internet untuk pelan ini boleh sampai sehingga 5 Mbps. Ia juga menawarkan perkhidmatan Hotspot sebanyak 10 GB.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan data tanpa had untuk Video-Onz dan Roam-Onz dengan penawaran data roaming sebanyak 5 GB di 12 negara termasuk Australia, Korea Selatan, Singapore, Indonesia, Taiwan dan lain-lain.

Lebih-lebih lagi, anda turut ditawarkan data percuma untuk App-Onz, Video-Onz, Music-Onz serta penggunaan data untuk Waze dalam pelan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web U Mobile.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.