Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599 1

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599 2Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599

Hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar terbaru yang berspesifikasi tinggi iaitu Xiaomi Mi 6. Peranti ini merupakan telefon keluaran China pertama yang menawarkan pemproses Snapdragon 835.

Snapdragon 835 menggunakan rekaan 10nm yang menawarkan kuasa pemprosesan baik serta penggunaan tenaga yang efisyen.

Melengkapkan cip Snapdragon 835 ini adalah sokongan GPU dengan integrasi Vulkan untuk pengalaman permainan video yang lebih baik berbanding kebiasaan. .

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599 3

Xiaomi Mi 6 ini mendapat markah Antutu dan GFXBench yang jauh lebih tinggi daripada pelbagai pesaing mereka – termasuk Huawei P10, Oppo R9s dan Samsung Galaxy S8.

 

Mi 6 ini mempunyai rekaan yang melengkung pada ke semua sisi, Xiaomi juga membuang bicu audio 3.5mm pada telefon pintar Mi 6 ini.

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599 4

Dari segi spesifikasi, Mi 6 ini dilengkapi skrin bersaiz 5.15-inci dengan paparan HD penuh. Skrin ini juga adalah penggunaan mod “Eye Care” yang mana mengurangkan kadar warna biru pada paparan. Selain itu, ia turut menyertakan mod Ultra Dark Night Mode – membawa kadar kecerahan hanya 1nit sahaja.

Peranti ini menawarkan RAM sebesar 6GB, bateri bersaiz 3350mAh dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, NFC serta sokongan dwi-speaker. Ia mempunyai sokongan pengimbas capjari di bahagian hadapan dan menggunakan sistem operasi EMUI 8.0 berasaskan Android 7.1.1 Nougat.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera dengan gabungan lensa 12MP+12MP pada bahagian belakang yang dilengkapi dengan sokongan penstabilan imej optikal 4-axis. Ia boleh merakamkan gambar dengan bahagian belakang yang sedikit dikaburkan, serta menyokong zoom optikal yang disertakan untuk merakamkan gambar dengan lebih dekat.

Lebih lebih lagi, Xiaomi turut menambahkan sokongan kalis percikkan air pada Mi 6 ini. Rangkaian untuk Mi 6 ini termasuk sokongan dwi-WiFi yang menawarkan kebolehan mencapai rangkaian WiFi yang lebih baik dan pantas, serta integrasi sokongan 4G+ terkini.

 

Xiaomi melancarkan Mi 6 dengan penawaran Dwi-Kamera, 6GB RAM, Snapdragon 835, harga bermula dari RM1599 5

Xiaomi akan menawarkan Xiaomi Mi 6 ini pada harga CNY 2499, iaitu sekitar RM1599 untuk versi ruangan storan 64GB. Untuk variasi storan 128GB pula berharga CNY 2899, iaitu sekitar RM1855, Versi rekaan seramik pula ditetapkan pada harga CNY 2999, iaitu pada harga RM1919.

Xiaomi akan menawarkan Mi 6 ini di pasaran China bermula 28 April 2017 ini.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.