Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oukitel C3 dan C5 Pro kini dijual di Malaysia, harga bermula dari RM299

Oukitel C3 dan C5 Pro kini dijual di Malaysia, harga bermula dari RM299

Bagi mereka yang ingin mencari telefon pintar yang cantik dan mampu milik, kini terdapat dua buah peranti baru daripada Oukitel dijual secara rasmi di Malaysia yang dipanggil sebagai Oukitel C3 dan C5 Pro.

Kedua-dua peranti ini berspesifikasi kelas permulaan tetapi mempunyai rekaan yang menarik. Oukitel C5 Pro hadir dengan skrin 5 inci HD tahan hentakan yang diuji menggunakan tukul. Ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6737, RAM sebesar 2 GB serta dengan ruangan storan 16 GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8-Megapixel dan kamera hadapan adalah 5-Megapixel. Bateri peranti ini bersaiz 2,000 mAh dan ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow.

Pilihan warna yang terdapat untuk peranti ini ialah hitam, emas, putih dan perak. Oukitel C5 Pro kini boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM 399.

Oukitel C3 juga mempunyai skrin 5 inci paparan HD, ia diperkasakan pemproses Mediatek MT6580A. Ia dilengkapi RAM 1GB dan ruangan storan 8GB.

Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 8-Megapixel disertakan dengan kamera hadapan 2-Megapixel. Bateri Oukitel C3 ini berkapasiti 2,000 mAh juga.

Oukitel C3 ini terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, emas, ros emas dan biru muda. Harga untuk Oukitel C3 ini adalah RM 299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.