Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set import Nokia 6 yang bakal dijual di Malaysia mencapai harga RM1899!

nokia-6-650x365Set import Nokia 6 yang bakal dijual di Malaysia mencapai harga RM1899!

Telefon pintar Nokia terbaru — Nokia 6 dikenali sebagai peranti pertama Nokia yang kembali ke dunia telefon pintar.

Walaupun Nokia 6 ini bukan berspesifikasi tertinggi, tetapi jumlah pra tempahan Nokia 6 berjaya memecah jumlah sejuta buah.

Dengan ini, Nokia 6 terus kehabisan stok selepas ia secara rasminya dijual di pasaran China, menjadikannya peranti yang paling hangat di dunia sekarang!

Hari ini, Satu Gadget telah mengumumkan bahawa ia akan menbawa set import untuk Nokia 6 ke Malaysia!

Mengikut maklumat yang diberi oleh Satu Gadget, Nokia 6 akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM1899, dan ia akan tiba pada Februari 14, iaitu Hari Valentine.

Versi telefon Nokia 6 yang kini boleh dipratempah di Satu Gadget ini mempunyai memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB.

Dari segi spesifikasi, Nokia 6 ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan beresolusi 1080p disertakan dengan kaca 2.5D dengan Gorilla Glass di atas.

Ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 430 dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar baru Nokia ini menggunakan kamera belakang 16MP dan kamera hadapan 8MP.

Sistem operasi Nokia 6 ini menggunakan Android Nougat. Ia turut hadir dengan sokongan Dolby Atmos untuk penikmatan muzik yang lebih berkualiti.

Peminat-peminat Nokia yang meminati Nokia 6 ini boleh melayari laman web Satu Gadget sekarang untuk membuat pra-tempahan dengan mereka, dan anda akan mendapatkan peranti Nokia 6 pada Februari 14 kelak.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.