Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Nokia baru dengan penawaran Android 7.0 Nougat akan dilancarkan di MWC 2017?

nokia-newTelefon pintar Nokia baru dengan penawaran Android 7.0 Nougat akan dilancarkan di MWC 2017?

Baru-baru ini, terdapat sebuah peranti Nokia yang dinamakan sebagai Nokia Heart telah disenaraikan di GFXBench.

Walaupun telefon pintar ini menawarkan spesifikasi yang rendah, tetapi ia hadir dengan sistem operasi terbaru iaitu Android 7.0 Nougat.

 

new nokia

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin 5.2 inci dengan paparan 720p, ia dijanakan oleh pemproses lapan teras 1.4GHz, GPU Adreno 505, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Kamera belakang untuk Nokia Heart ini adalah 13 megapixel dan kamera depan pula menggunakan sensor 8 megapixel.

Nokia Heart ini dijangka akan diperkenalkan di MWC 2017 kelak, dan ia dikatakan kemungkinan akan dijual pada harga kira-kira RM650.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.