Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi melancarkan Redmi Note 4 versi Snapdragon 625 di India

snapdragon-redmi-note-4Xiaomi melancarkan Redmi Note 4 versi Snapdragon 625 di India

Xiaomi telah secara rasminya memperkenalkan Redmi Note 4 untuk pasaran India yang menawarkan cip pemprosesan Snapdragon 625.

Versi Global Redmi Note 4 ini mempunyai pemproses yang berbeza daripada Redmi Note 4 di China yang dilengkapi cip Mediatek Helio X20.

Redmi Note 4 yang baru ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Memori peranti ini terdapat tiga variasi dalam pilihan antara 2GB RAM hingga 4GB RAM, serta ruangan storan antara 32GB atau 64GB. Walaupun bateri ia bersaiz 4,100mAh, tetapi ia tidak datang dengan sokongan pengecasan pantas.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel CMOS dengan sokongan PDAF, kamera hadapan 5-megapixel.

Ciri-ciri lain untuk peranti ini termasuk pengimbas cap jari dibelakang dan sokongan InfraRed. Sistem operasi Redmi Note 4 ini menggunakan MIUI 8 berasaskan Android Marshmallow, Xiaomi menyatakan bahawa ia akan dikemaskinikan ke Android Nougat tidak lama lagi.

redmi-note-4-global

Redmi Note 4 ini terdapat tiga pilihan warna iaitu emas, kelabu dan hitam. Model dengan 2GB RAM + 32GB ditawarkan pada harga INR 9,999 (kira-kira RM652), model 3GB RAM + 32GB pada harga INR 10,999 (kira-kira RM717), dan model 4GB RAM + 64GB pada harga INR 12,999 (kira-kira RM848).

Ia akan mula dijual di pasaran India pada 23 Januari.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.