Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo melancarkan V5 Plus dengan penawaran dwi-kamera depan pada harga RM1799

vivo v5 plus 01Vivo melancarkan V5 Plus dengan penawaran dwi-kamera depan pada harga RM1799

Hari ini, Vivo secara rasminya telah melancarkan Vivo V5 Plus di Malaysia. Telefon pintar terbaru Vivo ini memfokuskan dwi-kamera pada bahagian hadapan.

Fungsi dwi-kamera depan ini adalah menangkap gambar bokeh yang lebih cantik berbanding pelbagai peranti lain yang hanya menggunakan satu kamera hadapan sahaja. Kamera depan peranti ini terdiri daripada kamera 20MP f/2.0 aperture dengan sensor Sony IMX376 1/2.78″ dan kamera 8MP f/2.0 aperture. Kamera belakang pula menggunakan 16 megapixel f/2.0 aperture yang disokong oleh a LED flash, dan boleh merakamkan video 4K.

vivo v5 plus 02

V5 Plus ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass. Ia menawarkan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan bersaiz 64GB. Bateri peranti ini bersaiz 3,160 mAh dan menyokong pengecasan pantas.

Telefon pintar ini turut menggunakan pengimbas cap jari untuk sekuriti tambahan, dan dilengkapi FunTouch OS 3.0 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Vivo V5 Plus yang berwarna emas ini kini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1,799.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.