Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO R9s berwarna Hitam bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi

Oppo-R9s-Black-EditionOPPO R9s berwarna Hitam bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi

OPPO R9s baharu dilancarkan di Malaysia dua minggu yang lalu. Semasa ia diperkenalkan, OPPO Malaysia hanya mengumumkan dua warna untuk R9s ini iaitu emas dan ros emas.

Para pengguna lelaki yang ingin membeli OPPO R9s terpaksa menunggu pelancaran warna hitam untuk peranti ini.

Kini, kami telah mendapat berita dari sumber yang menyatakan bahawa OPPO Malaysia akan melancarkan OPPO R9s versi hitam tidak lama lagi. Kemungkinan besar ia akan muncul di pasaran selepas Tahun Baru Cina.

Dari segi spesifikasi, OPPO R9S ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh dengan kaca Gorilla Glass 5, ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 625 lapan teras dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128GB.

Bateri peranti ini bersaiz 3,010mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC, dimana pengecasan selama 5 minit dapat memberikan tempoh operasi selama 2 jam. Ia dikatakan boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh. Oppo R9s juga mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang Home.

Untuk rakaman gambar, kamera belakang ia menawarkan 16MP dengan aperture besar f/1.7 yang disokong oleh teknologi Dual PDAF. Kamera hadapan juga mempunyai 16 megapixel untuk mengambil gambar selfie yang cantik.

Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan Color OS 3.0. Ia kini dijual pada di Malaysia pada harga RM 1,798.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.