Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO R9S dengan penawaran kamera Sony IMX398 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798

15909012_10154936503507700_2031544745_o-768x512OPPO R9S dengan penawaran kamera Sony IMX398 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798

OPPO Malaysia telah melancarkan produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu OPPO R9s. Telefon pintar ini memfokuskan kamera belakang yang menggunakan Sony IMX398 yang turut dibangunkan Oppo, menghasilkan gambar yang kurang Noise dan memfokus dengan pantas.

 

15934152_10154936576352700_179788137_o

Dari segi spesifikasi, OPPO R9S ini hadir dengan skrin 5.5 inci paparan HD penuh dengan kaca Gorilla Glass 5, ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 625 lapan teras dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD sehingga 128GB.

 

15935485_10154936576287700_236626975_o

Bateri peranti ini bersaiz 3,010mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC, dimana pengecasan selama 5 minit dapat memberikan tempoh operasi selama 2 jam. Ia dikatakan boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh. Oppo R9s juga mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang Home.

 

15902890_10154936578427700_1119066884_o

15935167_10154936578142700_455751526_o

15902806_10154936578097700_214723458_o

Untuk rakaman gambar, kamera belakang ia menawarkan 16MP dengan aperture besar f/1.7 yang disokong oleh teknologi Dual PDAF. Kamera hadapan juga mempunyai 16 megapixel untuk mengambil gambar selfie yang cantik.

 

15935281_10154936577197700_1376422932_o

15935566_10154936578037700_1258375923_o

Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan Color OS 3.0. Peranti ini terdapat dua pilihan warna iaitu Emas dan juga Ros Emas. Ia akan mula dijual pada 14 Januari 2017 pada harga RM 1,798.

Pra tempahan untuk OPPO R9S ini bermula hari ini sehingga 13 Januari menerusi laman rasmi Oppo Malaysia. Selain itu, ia juga turut dijual menerusi rakan kerjasama seperti Maxis, Celcom, Lazada, 11Street serta acara jerayawaranya di Plaza Lowyat & VivaCity Megamall Sarawak pada 14 Januari 2017.

15902652_10154936576952700_1799176853_o

15878237_10154936576832700_2132190629_o

15935338_10154936576652700_1998346488_o

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web OPPO untuk mengetahui lebih mengenainya.

15935120_10154936577307700_1322484736_o

15909012_10154936503507700_2031544745_o

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.