Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Ufeel Go diperkenalkan dengan penawaran 4000 mAh battery dan skrin kaca 2.5D pada harga runcit RM599

wiko-ufeel-go-01Wiko Ufeel Go diperkenalkan dengan penawaran 4000 mAh battery dan skrin kaca 2.5D pada harga runcit RM599

Wiko Mobile telah memperkenalkan telefon pintar yang terbaru mereka iaitu Wiko Ufeel Go. Peranti ini menawarkan bateri bersaiz besar dengan skrin kaca 2.5D yang kelihatan cantik dan premium.

Wiko Ufeel Go ini hadir dengan skrin 5 inci dan dijanakan oleh pemproses empat teras Mediatek MT6735P. Ia dilengkapi dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan melalui kad microSD sehingga 64GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP.

wiko-ufeel-go-03Selain itu, salah satu ciri-ciri utama bagi Wiko Ufeel Go ini adalah ia mempunyai bateri saiz besar yang berkapasiti 4,000 mAh. Peranti ini turut mempunyai keupayaan yang boleh mengecas peranti lain.

Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0 dan menyokong dwi SIM kad dengan sokongan rangkaian 4G. Wiko Ufeel Go juga menawarkan pengimbas cap jari yang terbina pada butang Home di depan.

Wiko Ufeel Go ini akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM 599 dan ia boleh didapati dalam warna emas dan kelabu.

SUMBER RUJUKAN

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.