Celcom menawarkan iPhone 7 bersama dengan pelan First Gold Plus pada harga bermula dari RM2058
Celcom menawarkan iPhone 7 bersama dengan pelan First Gold Plus pada harga bermula dari RM2058
iPhone 7 adalah telefon pintar yang paling popular di pasaran Malaysia tahun ini. Jika anda masih belum beli peranti terbaru Apple ini, inilah peluang keemasan anda untuk memilikinya dengan harga yang lebih rendah dengan pelan pasca bayar Celcom FIRST Gold Plus.
Kini, Celcom menawarkan iPhone 7 pada harga serendah RM2,058, ataupun iPhone 7 Plus bermula dari RM2,558 bersama pelan Celcom FIRST Gold Plus.
Berikutnya adalah pelan Celcom FIRST Gold Plus untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang boleh dimiliki bersama kontrak 24 bulan dengan harga berikut:
Bagi pelan First Gold Plus yang dibawakan oleh Celcom ini, ia menyediakan 40GB data dengan komitmen hanya RM98 sebulan. Data sebanyak 40GB ini boleh digunakan dalam bentuk 20GB sepanjang masa, dan 20GB di hujung minggu. Dengan tambahan RM10 sebulan, anda boleh menikmati 40GB untuk sepanjang masa.
Selain daripada data, anda turut boleh menikmati panggilan, WhatsApp dan WeChat tanpa had sepanjang masa bagi pelan First Gold Plus ini.