Huawei Mate 9 melepasi pengesahan SIRIM, dijangka akan tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan
Huawei Mate 9 melepasi pengesahan SIRIM, dijangka akan tiba di pasaran Malaysia pada hujung bulan
Huawei Mate 9 telah dilancarkan di Munich, Germany beberapa hari yang lalu. Kini, telefon pintar utama dari Huawei ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM Malaysia dengan nama nodel MHA-L29.
Mengikuti penerangan terkini dari wakil Huawei Malaysia, dia mengatakan bahawa Mate 9 bakal hadir ke pasaran tempatan pada penghujung November 2016 ini dan ia akan dijual pada harga kurang daripada RM3,000.
Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 9 dilengkapi skrin 5.9-inci paparan HD penuh, dijanakan oleh pemproses Kirin 960, memori 4GB RAM, kamera belakang berteknologi Leica serta bateri bersaiz 4,000 mAh yang datang dengan sokongan Huawei Super Charge.
Di samping itu, peranti premium Huawei Mate 9 Porsche Design turut akan datang ke pasaran tempatan dalam kuantiti yang terhad, namun tarikh jualannya masih belum dipastikan buat masa ini.