Asus Zenfone 3 Deluxe kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM2599
Asus Zenfone 3 Deluxe kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM2599
Asus telah melancarkan siri telefon pintar Zenfone 3 untuk pasaran tempatan pada bulan Ogos, dan peranti yang berspesifikasi tertinggi siri Zenfone 3 iaitu Zenfone 3 Deluxe kini ditawarkan di pasaran Malaysia.
Asus Malaysia akan menawarkan dua variasi Asus Zenfone 3 Deluxe di Malaysia. Model yang menawarkan pemproses Snapdragon 821 dengan storan 256GB akan dijual pada harga runcit RM 3,299, manakala versi Snapdragon 820 dengan storan 64 akan berharga RM 2,599.
Asus Zenfone 3 Deluxe hadir dengan skrin 5.7 inci paparan HD penuh. Ia dijanakan oleh pemproses Snapdragon 820/821 dan dilengkapi dengan memori 6GB RAM. Kedua-dua dua model Asus Zenfone 3 Deluxe ini menyokong UFS 2.0.
Untuk rakaman gambar, Asus ZenFone Deluxe ini hadir dengan kamera utama 23MP yang mempunyai lensa 6P dan dibekalkan oleh Sony (sensor IMX 318). Kamera ini juga hadir dengan lapisan gelas sapphire dan pemfokusan auto Tri-Tech. kamera selfie yang dimiliki oleh ZenFone 3 Deluxe ini adalah 8MP.
Asus ZenFone 3 Deluxe ini juga memiliki bateri bersaiz 3,000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan Quick Charge 3.0 dengan menggunakan slot USB Type-C 3.0 (60% pengecasan didalam masa 39 minit).
Asus ZenFone 3 Deluxe merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan reka bentuk aluminium sepenuhnya tanpa garisan jalur antena.
Anda boleh membuat tempahan untuk model versi 64GB storan melalui Asus Store. Penghantaran untuk tempahan ini akan bermula pada 24 Oktober 2016. Jika anda berminat dengan model versi 256GB, anda hanya boleh mendapatinya melalui kedai fizikal di seluruh Malaysia.