Digi memperkenalkan program tukar peranti baru setiap 12 bulan
Digi memperkenalkan program tukar peranti baru setiap 12 bulan
Bagi pelanggan Digi yang ingin menikmati program tukar telefon pintar setiap tahun seperti yang ditawarkan oleh Maxis Zerolution dan Celcom New Phone, kini anda berpeluang untuk melanggani pelan Digi baru yang dipanggil sebagai Digi Easy Up Program. Program ini membolehkan para pelanggan mereka mendapatkan sebuah peranti baru setiap 12 bulan.
Bagi pelan Digi Easy Up ini, ia menawarkan harga langganan yang tetap iaitu RM198 untuk harga peranti sama sekali dengan harga pelan. Dalam pelan ini, pelanggan akan ditawarkan data sebanyak 20GB serta dengan panggilan dan SMS tanpa had. Selain daripada itu, anda turut akan menerima 15GB data untuk penstriman muzik dan juga 100GB untuk storan awan.
Program ini sesuai untuk mereka yang ingin menukar telefon pintar setiap tahun tanpa membuat pembayaran pendahuluan yang tinggi.
Digi kini menawarkan dua telefon pintar dibawah program ini, iaitu Galaxy A7 ataupun Galaxy S7 Edge. Bagi mereka yang ingin mendapatkan Galaxy S7 Edge, anda akan dikenakan penambahan bayaran RM70 setiap bulan (memerlukan anda membayar RM268 setiap bulan).
Bagi pengguna yang ingin menukar-ganti telefon pintar mereka selepas 12 bulan, peranti mereka perlu dalam keadaan yang baik.
Jika anda berminat terhadap program Digi ini, anda boleh menyemak halaman Digi Easy Up Program untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.