Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5s dan Mi 5s Plus kini dijual di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM1499

xiaomi-5s-5s-plus

Xiaomi Mi 5s dan Mi 5s Plus kini dijual di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM1499

Xiaomi baru melancarkan Mi5s dan Mi5s Plus beberapa minggu yang lalu, kedua-dua telefon pintar ini kini boleh didapati di DirectD.

Set import Xiaomi Mi 5S ini ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding dengan set Malaysia Xiaomi Mi 5 yang berharga RM1,549.

55

Rekaan tubuh Mi 5S ini diperbuat daripada logam sepenuhnya. Ia mempunyai skrin bersaiz 5.15 inci dan dijanakan oleh pemproses Snapdragon 821.

Ia terdapat dua versi: Versi Memori 3GB RAM dengan storan 64GB, serta versi memori 4GB RAM dengan storan 128GB. Kedua-dua model ini menyokong storan UFS 2.0.

Mi 5S mempunyai kamera belakang 12 megapixel yang dilengkapi saiz sensor 1/2.3 inci untuk rakaman gambar.

Versi 64GB storan Mi 5S ini dijual pada harga RM 1,499, manakala versi 128GB storan pula berharga RM 1,799.

plusss

Selain daripada Mi 5S, Xiaomi juga melancarkan Mi 5s Plus yang hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.7 inci dan juga dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 821.

Xiaomi Mi 5S Plus ini terdapat dua versi, versi memori 4 GB RAM dengan storan 64 GB, serta versi memori 6 GB RAM dengan storan 128 GB. Kedua-dua varian Mi 5s Plus ini disertakan dengan storan UFS 2.0, sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 dan NFC.

Versi 64GB storan Mi 5S Plus ini dijual pada harga RM 1,799, manakala versi 128GB storan pula berharga RM 1,999.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.