Asus melancarkan ZenWatch 3 dengan rekaan muka bulat!
Asus melancarkan ZenWatch 3 dengan rekaan muka bulat!
Asus telah memperkenalkan ZenWatch 3 di acara Zenvolution, IFA 2016 kelmarin. Asus ZenWatch 3 ini menggunakan rekaan muka bulat berbanding dengan empat-segi yang digunakan pada dua generasi ZenWatch yang lalu.
Asus ZenWatch 3 mempunyai skrin bulat bersaiz 1.39-inci dengan paparan resolusi 400×40 pixel. Ia menggunakan sistem operasi Android Wear, dan menyokong telefon Android atau iOS.
Jam tangan pintar Asus ini dijanakan oleh Snapdragon Wear 2100, memori sehingga 512MB RAM, ruangan storan 4GB dan bateri dikatakan boleh bertahan sehingga 2 hari.
Asus turut menyertakan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan jam tangan ini dicas sehingga 60% dalam masa 15 minit.
Ia juga hadir dengan sokongan untuk memantau kecergasan dan aktiviti seperti berlari, bersenam dan sebagainya.
Buat masa ini, Asus masih belum mengumumkan harga jualan dan tarikh ZenWatch 3 ini.