Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei melancarkan G9 Plus dengan penawaran Rakaman Video 4k!

Huawei-G9-PlusHuawei launched G9 Plus that offers 4K Video Recording !

Kelmarin, Huawei telah memperkenalkan sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan iaitu Huawei G9 Plus di China.

Huawei G9 Plus ini hadir dengan skrin 5.2 inci dengan paparan HD penuh. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 625 dan mempunyai memori 3GB RAM serta storan 32GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB melalui kad mikroSD.

Kemampuan optik peranti ini adalah kamera belakang 16MP f/2.0 disokong oleh OIS dan rakaman video 4K. Kamera hadapan pula ialah 8 megapixel untuk selfie.

Bateri Huawei G9 Plus ini bersaiz 3,340 mAh, ia menyokong pengecasan pantas melalui USB Type-C. Ia turut hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Untuk sistem operasi, G9 Plus ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar EMUI.

Huawei G9 Plus mempunyai dua pilihan warna iaitu emas dan perak. Ia dijual di pasaran China pada harga CNY 2,399 (sekitar RM 1,446).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.