Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Max melepasi pangkalan data SIRIM di Malaysia

mi max specs-6Xiaomi Mi Max melepasi pangkalan data SIRIM di Malaysia

Xiaomi Malaysia dijangka akan melancarkan Mi Max di pasaran tempatan tidak lama lagi kerana kami baharu nampak dua model baru Xiaomi telah dikesan di pangkalan data SIRIM Malaysia iaitu model 2015161 dan 2016001.

xiaomi-SIRIM-160815

Xiaomi Mi Max ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.44-inci menjadikanya telefon pintar phablet pertama daripada Xiaomi.

Selain itu, Xiaomi Mi Max ini akan hadir didalam dua jenis pemproses iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan 652, 2 kapasiti RAM iaitu 3GB dan 4GB dan tiga kapasiti memori simpanan dalaman 32GB , 64GB dan 128GB.

Selain itu, Mi Max ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,850mAh iaitu 61% lebih kapasiti berbanding bateri yang dimiliki oleh Xiaomi Mi Note atau 71% lebih kapasiti berbanding bateri Apple iPhone 6s Plus.

Beralih kepada bahagian kamera, Mi Max akan hadir dengan kamera utama 16MP yang mempunyai pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 5MP (lensa lebar 84 darjah).

Selain itu, Xiaomi Mi Max ini juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang, sensor inframerah , sokongan rangkaian 4G+ , MIUI 8 yang berasaskan Android Marshmallow  dan slot dwi-SIM.

Xiaomi Malaysia dijangka akan melancarkan versi 3GB RAM di Malaysia dengan harga runcit sekitar RM1,000.

Kami ingin mengucapkan Terima kasih kepada Kevin Ng kerana berkongsi maklumat ini dengan MobileFokus!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.