Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 9 dikesan di Pangkalan Data GFXBench

Huawei Mate 9 dikesan di Pangkalan Data GFXBench

Huawei Mate 9 dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2 di acara IFA Berlin 2016.

Kini, sebuah peranti yang telah dikesan di dalam pangkalan data GFXBench mungkin adalah telefon pintar utama baru Huawei, iaitu Huawei Mate 9.

huawei-mate9-benchmark

Dari gambar di atas, kita dapat melihat bahawa ia mempunyai skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan HD Penuh. Peranti ini dikuasakan oleh pemproses 2.6GHz HiSilicon Hi3660 lapan teras dengan GPU Mali-T880.

Selain itu, ia juga datang dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat dan memori 4GB RAM serta storan 64GB. Sebelum ini, ia dikhabarkana bahawa Huawei Mate 9 akan dilengkapi kamera 20MP. Tetapi di dalam pangkalan data GFXBench, ia menunjukkan hanya kamera 12MP untuk belakang dan 8 megapixel untuk kamera hadapan.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.