Huawei Mate 9 dikesan di Pangkalan Data GFXBench
Huawei Mate 9 dikesan di Pangkalan Data GFXBench
Huawei Mate 9 dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2 di acara IFA Berlin 2016.
Kini, sebuah peranti yang telah dikesan di dalam pangkalan data GFXBench mungkin adalah telefon pintar utama baru Huawei, iaitu Huawei Mate 9.
Dari gambar di atas, kita dapat melihat bahawa ia mempunyai skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan HD Penuh. Peranti ini dikuasakan oleh pemproses 2.6GHz HiSilicon Hi3660 lapan teras dengan GPU Mali-T880.
Selain itu, ia juga datang dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat dan memori 4GB RAM serta storan 64GB. Sebelum ini, ia dikhabarkana bahawa Huawei Mate 9 akan dilengkapi kamera 20MP. Tetapi di dalam pangkalan data GFXBench, ia menunjukkan hanya kamera 12MP untuk belakang dan 8 megapixel untuk kamera hadapan.