Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Menangi telefon pintar OPPO F1s dengan mengikuti pelancarannya pada 10 Ogos!

Oppo F1sMenangi telefon pintar OPPO F1s dengan mengikuti pelancarannya pada 10 Ogos!

Telefon pintar Oppo siri-F yang diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun ini hadir dengan fokus terhadap rakaman gambar selfie.

Selepas Oppo F1 dan Oppo F1 Plus dilancarkan di pasaran tempatan, OPPO Malaysia kini menambah satu lagi peranti pada keluarga berkenaan iaitu Oppo F1s.

Oppo F1s bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 10 Ogos. OPPO Malaysia akan memberikan seunit OPPO F1s kepada pemenang bertuah sempena acara pelancaran tersebut.

oppo-F1s-contestPeserta hanya perlu mengambil bahagian dalam permainan “Share and Win F1s” di media sosial dan berpeluang untuk memenangi OPPO F1s!

Permainan ini akan diadakan selama 2 hari dari 10 Ogos 2016 14:00 sehingga 11 August 2016 23:59. Langkah-langkah untuk menyertainya senang sahaja seperti berikut:

Peserta hanya perlu “Like” laman Facebook OPPO Malaysia dan share Live Feed pelancaran OPPO F1s ini dengan komen yang paling kreatif lalu tambah hashtag (#OPPOMalaysia #OPPOF1s #SelfieExpert).

Nora DanishJc Chee

Oppo F1s mempunyai rekaan ikonik pihak Oppo. Ia hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, diperkasakan oleh pemproses MediaTek MT6750, memori 3GB RAM serta ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan dengan kad mikro-SD.

Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian hadapan dan sokongan dwi-SIM. Kamera hadapan Oppo F1s adalah fokus peranti ini kerana ia menggunakan sensor 16-megapixel serta pencahayaan dari skrin sekiranya anda ingin merakamkan gambar pada keadaan malap. Kemampuan optik kamera belakang pula adalah lensa 13-megapixel.

Ayda JebatMin Chen

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.