Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan prabayar Digi baru menawarkan Penstriman Data Percuma 8GB!

 

digi-prepaid-live-01

Pelan prabayar Digi baru menawarkan Penstriman Data Percuma 8GB!

Digi memperkenalkan pakej prabayar serba baru hari ini iaitu Digi Prepaid Live dan Digi Prepaid Best. DiGi Prepaid Live dikatakan sesuai untuk mereka yang suka penstriman video dan muzik.

Digi Prepaid Live ini akan memberi data percuma sebanyak 8GB kepada para pelanggan mereka. Penawaran data tambahan ini hanyalah terhad untuk digunakan pada rangkaian 4G LTE buat masa ini.

 

Digi-Prepaid-Live

Setiap minggu, pengguna Digi Prepaid Live ini boleh mendapatkan data percuma 1GB untuk penstriman video, dan 1GB untuk penstriman muzik iaitu 4GB adalah untuk penstriman video dan 4GB lagi adalah untuk penstriman muzik dalam sebulan.

Bagi mereka yang suka mendengar muzik dengan telefon pintar, Digi Music Freedom akan memberi akses untuk perkhidmatan Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. Penstriman video meliputi perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan juga HyppTV Everywhere.

Digi-prepaid-best

Digi Prepaid Best merupakan pelan prabayar Digi baru yang sesuai untuk mereka yang suka membuat panggilan telefon. Pelan ini diberi 200MB data setiap hari jika anda membuat panggilan IDD RM 1 dalam satu hari ke Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Pakistan, Myanmar, Filipina, Vietnam atau China.

DiGi Prepaid Best dilengkapi dengan internet asas percuma serta mesej sosial tanpa had. Setiap panggilan ke 20 rakan terbaik Digi akan dikenakan 12 sen seminit, manakala SMS akan dikenakan bayaran 6 sen setiap sms.

Bagi pengguna prabayar Digi yang sedia ada, anda boleh beralih kepada pakej Digi LiVE Prepaid ini secara percuma dengan mendail *128*1*4#.

Anda turut boleh mendapatkan kad-SIM Digi LiVE Prepaid ini bermula hari ini pada harga runcit RM12.

SUMBER: Digi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.