Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Lenny 3 dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM379

wiko lenny 3

Wiko Lenny 3 dilancarkan di Malaysia pada harga runcit RM379

Wiko Malaysia telah mengumumkan dalam laman Facebook rasmi mereka bahawa Wiko Lenny 3 kini dijual di pasaran tempatan pada harga runcit RM379.

Wiko menyatakan badan Lenny 3 diperbuat daripada logam walaupun harganya hanya RM379. Biarpun ia berspesifikasi rendah, tapi Wiko Lenny 3 ini tidak kelihatan seperti peranti yang murah.

Wiko Lenny 3 ini dilengkapi skrin 5 inci dengan paparan 720p HD yang jarang ternampak dalam harga ini. Cip pemprosesan Lenny 3 adalah MediaTek MT6582 empat-teras dan memori 1GB RAM serta ruangan storan 16GB.

Ia juga mempunyai dwi-SIM, 5-megapixel kamera hadapan dan 8-megapixel kamera belakang. Sistem operasi Lenny 3 ini adalah Android 6.0 Marshmallow yang paling baru di pasaran sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.