Asus Zenfone 3 Max dan Laser dilancarkan di Vietnam dengan harga RM790 dan RM1036
Asus Zenfone 3 Max dan Laser dilancarkan di Vietnam dengan harga RM790 dan RM1036
Hari ini, Asus secara rasminya telah melancarkan dua peranti baru siri Zenfone 3 iaitu Zenfone 3 Max dan Zenfone 3 Laser. Zenfone 3 Max dan Zenfone 3 Laser mempunyai rekaan bentuk dan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti Zenfone 3.
Zenfone 3 Laser dikatakan akan hadir dengan skrin 5.5-inci paparan resolusi 1080p serta kaca 2.5D, menggunakan cip pemprosesan lapan teras, kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan laser Autofokus dan EIS. Selain itu, Zenfone Laser juga dilengkapi pengimbas cap jari, memori 4GB RAM dan 32GB ruangan storan.
Zenfone 3 Max pula dilengkapi dengan skrin 5.5-inci juga dengan paparan HD penuh serta kaca 2.5D, bateri besar yang berkapasiti 4,100mAh, memori 3GB RAM, 32GB ruangan storan, pengimbas cap jari dan badan yang diperbuat daripada logam.
Harga runcit untuk Zenfone 3 Max adalah VND 4.49 juta (sekitar RM790), manakala Zenfone 3 Laser dijual pada harga runcit VND 5.99 juta (kira-kira RM1,036).