Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Zenfone 3 mula dijual di Taiwan hari ini !

asus-zenfone-3-01asus-zenfone-3-02

Asus Zenfone 3 mula dijual di Taiwan hari ini!

Hari ini, Asus telah melancarkan 3 telefon pintar siri Zenfone 3 terbaru di pasaran Taiwan iaitu Asus Zenfone 3, Asus Zenfone 3 Deluxe dan Asus Zenfone 3 Ultra.

Asus Zenfone 3 mempunyai dua jenis paparan skrin iaitu 5.2 inci dan 5.5 inci. Versi 5.2 inci Zenfone 3 dijanakan oleh pemproses Snapdragon 625 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB ROM. Manakala Zenfone 3 yang bersaiz 5.5 inci pula menggunakan pemproses Snapdragon 625 dengan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Versi 5.2 inci Zenfone 3 dijual pada harga TWD7,990 (sekitar RM 988) dan TWD9,990 (sekitar RM 1,235) bagi Zenfone 3 5.5 inci.

asus-zenfone-3-deluxe-01

Asus Zenfone 3 Deluxe juga datang dalam 3 varian, model yang berspesifikasi tertinggi Asus Zenfone 3 Deluxe akan menjadi telefon pintar pertama di dunia untuk menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821! Peranti ini akan hadir dengan memori 6GB RAM dan ruangan storan sebesar 256GB!. Peranti ini akan dijual dengan harga TWD24,990 (sekitar RM 3,091).

asus-zenfone-3-deluxe-02

Kedua-dua Asus Zenfone 3 Deluxe yang lain pula akan dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 820, memori 4GB RAM/storan 32GB atau memori 6GB RAM/ storan 64GB. Harga runcit untuk kedua-dua Asus Zenfone 3 Deluxe ialah TWD15,990 (kira-kira RM 1,978) dan TWD 17,990 (kira-kira RM 2,225). Asus Zenfone 3 Delux dijangka akan memasuki pasaran Taiwan pada bulan depan.

asus-zenfone-3-ultra-01

Asus Zenfone 3 Ultra adalah peranti phablet yang mempunyai paparan sebesar 6.8 inci. Peranti phablet ini dijanakan oleh pemproses Snapdragon 652 dan dilengkapi dengan memori 4 GB RAM dan storan 64GB. Asus Zenfone 3 Ultra akan mula ditawarkan di Taiwan pada 27 Julai dengan harga runcit TWD 17,990 (kira-kira RM 2,225).

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.