Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Phablet 7-inci Samsung Galaxy J Max memasuki pasaran India pada harga jualan RM797

Samsung-Galaxy-J-Max

Phablet 7-inci Samsung Galaxy J Max memasuki pasaran India pada harga jualan RM797

Samsung telah melancarkan Galaxy J Max, phablet terbarunya yang bersaiz 7-inci dengan skrin paparan WXGA dan bateri berkapasiti sebesar 4,000mAh yang menjanjikan sehingga 9 jam penggunaan berterusan.

Peranti ini dijanakan oleh cip pemprosesan empat teras 1.5GHz, memori 1.5GB RAM, ruangan storan dalaman 8GB yang menyokong kad mikroSD sebesar 200GB.

Samsung-Galaxy-J-Max-1

Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan pelancar TouchWiz. Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2-megapixel.

Di samping itu, ia juga mempunyai sokongan dwi-SIM serta dengan 4G LTE dan VoLTE. Ia turut datang dengan mod penjimatan data Ultra (UDS) yang menggunakan aplikasi Opera Max dan mod S Bike.

Warna-warna yang datang dengan Samsung Galaxy J Max ialah hitam dan emas. Harga jualannya ditetapkan pada Rs. 13,400 (sekitar RM797) dan akan mula dijual di India pada hujung bulan Julai.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.