Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 3 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Ogos?

oneplus3OnePlus 3 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Ogos?

OnePlus 3 adalah peranti berspesifikasi tinggi dan harga rendah yang dapat bersaing dengan telefon pintar utama di pasaran sekarang seperti Samsung Galaxy S7 edge dan lain lain.

Dengan maklumat yang terkini dari twitter, ia dijangka akan tiba di pasaran tempatan sekitar bulan Ogos kelak.

OnePlus 3 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci paparan 1080p resolusi, dijanakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 820 dan memori sebesar 6GB RAM.

Kemampuan optiknya ialah kamera belakang 16-megapixel yang menyokong penstabilan imej optikal dan teknologi PDAF. Kamera hadapan pula mempunyai 8-megapixel.

Sistem operasi OnePlus 3 menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar OxygenOS dan bateri peranti ini bersaiz 3,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dash Charge (5V/4A). Ia turut hadir dengan USB Type-C dan pengimbas cap jari.

Pihak Brightstar dikatakan akan menawarkannya untuk pasaran Malaysia kelak pada harga yang menarik.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.