Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu MX6 yang hadir dengan Helio X20 akan diumumkan pada Julai 19 di Beijing

Meizu-MX6-01

Meizu MX6 yang hadir dengan Helio X20 akan diumumkan pada Julai 19 di Beijing

Meizu telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan MX 6 pada Julai 19 di China. Sebelum peranti ini diperkenalkan secara rasmi, spesifikasinya telah dikesan di dalam pangkalan data penanda aras Antutu.

Meizu-MX6-02

Berdasarkan maklumat yang disenaraikan di pangkalan data penanda aras Antutu, Meizu MX 6 akan hadir dengan skrin 5.5 inci, dijana oleh pemproses Mediatek Helio X20 dan dilengkapi dengan 4 GB RAM dan ruangan storan 32 GB.

Kemampuan optik peranti ini ialah belakang kamera menggunakan 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia akan menggunakan Flyme OS 5.2.2 dan disertakan dengan bateri bersaiz 4,000mAh.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada Meizu MX6 ini adalah penyokongan rangkaian 4G LTE, WiFi a/b/g/n (2.4 / 5GHz).

Meizu MX6 ini dijangka dijual pada harga CNY1,999 (sekitar RM 1,207) untuk versi 32GB dan CNY2,299 (sekitar RM 1,388) untuk model 64GB.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.