Phablet 7-inci Samsung Galaxy J Max memasuki pasaran India pada harga jualan RM797
Phablet 7-inci Samsung Galaxy J Max memasuki pasaran India pada harga jualan RM797
Samsung telah melancarkan Galaxy J Max, phablet terbarunya yang bersaiz 7-inci dengan skrin paparan WXGA dan bateri berkapasiti sebesar 4,000mAh yang menjanjikan sehingga 9 jam penggunaan berterusan.
Peranti ini dijanakan oleh cip pemprosesan empat teras 1.5GHz, memori 1.5GB RAM, ruangan storan dalaman 8GB yang menyokong kad mikroSD sebesar 200GB.
Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan pelancar TouchWiz. Untuk rakaman gambar, ia mempunyai kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2-megapixel.
Di samping itu, ia juga mempunyai sokongan dwi-SIM serta dengan 4G LTE dan VoLTE. Ia turut datang dengan mod penjimatan data Ultra (UDS) yang menggunakan aplikasi Opera Max dan mod S Bike.
Warna-warna yang datang dengan Samsung Galaxy J Max ialah hitam dan emas. Harga jualannya ditetapkan pada Rs. 13,400 (sekitar RM797) dan akan mula dijual di India pada hujung bulan Julai.