Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC 10 akan dilancarkan di Malaysia pada Julai 14 dengan harga RM2,799!

htc_10

HTC 10 akan dilancarkan di Malaysia pada Julai 14 dengan harga RM2,799!

HTC Malaysia telah menjadualkan acara media untuk melancarkan HTC 10 pada 14 Julai 2016 yang akan datang ini. Telefon pintar utama HTC ini dijangka akan dijual pada pada harga RM2799 untuk versi 32GB.

HTC 10 ini yang dikesani di pangkalan data SIRIM awal bulan Jun dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan Quad HD, dijanakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 820, menggunakan memori 4GB RAM serta ruangan storan dalaman 32GB.

htc-10-rear

Bagi rakaman gambar HTC 10 ini, ia disertakan dengan kamera belakang 12-megapixel yang didukung dengan penstabilan imej optikal dan autofokus berasaskan laser. Kamera hadapan pula adalah 5-megapixel yang juga hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal.

Bateri HTC 10 berkapasiti 3,000 mAh dan ia menggunakan USB Type-C dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0, teknologi pengimbas cap jari di hadapan serta dilengkapi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka HTC Sense.

Dalam laman 11Street, HTC 10 datang dengan versi 32GB yang disenaraikan dengan harga RM2,799 untuk pasaran Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.