Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Max dan Redmi 3 dikesan di pangkalan data SIRIM

mi-max-redmi-3Xiaomi Mi Max dan Redmi 3 dikesan di pangkalan data SIRIM

Hari ini (Jun 28), kami ternampak dua model baru telefon pintar Xiaomi dalam pangkalan data SIRIM Malaysia yang menggunakan nama model 2016002 dan 2016031.

Kedua-dua peranti ini didaftarkan oleh Xiaomi Malaysia pada Jun 28, 2016. Berdasarkan andaian MobileFokus, telefon pintar Xiaomi baru ini merupakan Mi Max dengan Redmi 3.

Dengan ini, kemungkinan besar Xiaomi akan melancarkan dua peranti ini di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Mengikuti pengalaman yang lepas, Xiaomi telah menggunakan masa selama empat bulan baru melancarkan Mi 5 di Malaysia selepas ia dikesan di pangkalan data SIRIM.

Walaupun begitu, MobileFokus berharap Xiaomi Malaysia akan melancarkan dua telefon pintar ini dalam tempoh masa yang terdekat sebab banyak peminat Xiaomi di Malaysia ingin mendapatinya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.