Jualan pertama Flash Plus 2 versi 3GB RAM secara eksklusif di Lazada pada 28 June dengan harga RM729
Jualan pertama Flash Plus 2 versi 3GB RAM secara eksklusif di Lazada pada 28 June dengan harga RM729
Flash Plus 2 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada bulan Mei. Ketika itu, Flash hanya melancarkan versi 2GB RAM dan menangguhkan jualan versi 3GB RAM sampai bulan ini.
Kini, Flash Malaysia telah mengumumkan di Facebook bahawa versi 3GB RAM akan dikemukakan di pasaran Malaysia secara rasmi pada 28 Jun iaitu minggu depan secara eksklusif di Lazada. Ia akan hadir dengan harga RM729.
Flash Plus 2 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (401ppi) , pemproses octa-core Helio P10 , dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman 3GB dan 32GB.
Selain itu, Flash Plus 2 ini turut hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash dwi-tona manakala kamera selfie adalah 5MP dan menariknya unit kamera hadapan ini juga turut dilengkapi dengan flash LED.
Selain itu, Flash Plus 2 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh ( dilengkapi pengecasan pantas yang didakwa 3x lebih pantas berbanding pengecasan biasa) , sistem operasi Android Marshmallow , slot microSD ( tambahan sehingga 128GB memori ) , sokongan 4G LTE Wi-Fi 802.11b/g/n , slot dwi-SIM dan pembesar suara audio AKM4375 Chipset+NXP9890 Audio Amplifier.
Flash Plus 2 juga mempunyai sensor capjari pada butang ‘home’ hadapan dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas.
Telefon pintar terbaru dari Flash ini adalah salah satu peranti yang menpunyai harga yang berpatutan dengan spesifikasi yang menakjubkan.
MobileFokus rekomen pengguna boleh mempertimbangkan telefon pintar yang berkualiti tinggi ini sebagai telefon bimbit harian anda dalam budjet RM1,000.