Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan secara rasmi Xiaomi Mi 5 di Malaysia ditangguhkan kepada Jun 25!

xiaomi mi 5 malaysiaJualan secara rasmi Xiaomi Mi 5 di Malaysia ditangguhkan kepada Jun 25!

Pada minggu lepas, Mi Malaysia telah mengumumkan bahawa Mi 5 akan ditawarkan di pasaran tempatan secara rasmi pada Jun 18, 2016.

Mi Malaysia kini terpaksa menangguhkan jualan hari pertama Mi 5 dari Jun 18 kepada Jun 25 disebabkan masalah yang tidak dapat dielak.

Xiaomi Mi 5 menpunyai skrin bersaiz 5.15-inci dengan paparan IPS 1080p dan hadir dengan sensor capjari. Mi 5 disertakan spesifikasi yang tinggi seperti pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 3GB RAM, memori simpanan dalaman 32GB, bateri berkapasiti 3,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C, dwi-SIM dengan sokongan 4G LTE, VoLTE  dan lain lain.

Kamera belakang Mi 5 menggunakan 16MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan optik pengstabilan imej 4-paksi, kamera ini adalah unit kamera IMX298 yang dibekalkan oleh Sony yang turut hadir dengan pemfokusan PDAF (phase-detection autofocus) dan mampu merakam video 4K. Kamera hadapannya ialah kamera UltraPixel 4MP.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Xiaomi Mi5 boleh didapati melalui Thorus bermula dari Jun 25 daripada kedai berdekatan anda di keseluruhan Malaysia pada harga RM1,549.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.