Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung melancarkan siri Galaxy J 2016 di Malaysia: Harga bermula dari RM449!

Siri Galaxy J 2016 Malaysia 01Samsung melancarkan siri Galaxy J 2016 di Malaysia: Harga bermula dari RM449!

Samsung Malaysia telah melancarkan siri keluarga Galaxy J untuk pasaran tempatan pada Jun 15. Siri Galaxy J 2016 ini diperkenalkan dalam tiga versi peranti iaitu Galaxy J1, Galaxy J5 dan juga Galaxy J7.

Siri Galaxy J 2016 kali ini ditawarkan sekaligus dengan YES pakej bersama-sama kad SIM Yes4G dan data sebanyak 30GB untuk 2 bulan.

Siri Galaxy J1 2016 Malaysia

Samsung Galaxy J1 2016 merupakan peranti yang memperolehi spesifikasi paling rendah dalam tiga versi Galaxy J 2016. Telefon Pintar ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 4.5-inci dengan paparan WVGA dan cip pemprosesan 1.3Ghz empat-teras. Turut disertakan dalam peranti ini ialah 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalamn, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan bateri berkapasiti 2,050mAh.

Siri Galaxy J5 2016 Malaysia

Galaxy J5 2016 hadir dengan skrin paparan 5.2-inci 720p AMOLED, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, 1.5GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,100mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera selfie 5-megapixel.

Siri Galaxy J7 2016 Malaysia

Galaxy J7 2016 pula ada skrin AMOLED bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan lapan teras 1.6GHz, memori 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,300mAh, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Ketiga-tiga telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, rangkaian 4G LTE dan kad mikroSD sebesar 128GB.

Siri Galaxy J 2016 Malaysia 02

Siri Samsung Galaxy J 2016 kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia sejak dari 16 Jun 2016. Galaxy J1 2016 ditawarkan pada harga RM449. Manakala Galaxy J5 2016 berharga RM849 dan Galaxy J7 2016 dijual pada harga RM1,049.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.