Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko UFeel , UFeel Lite dan Robby kini ditawarkan di Malaysia

Wiko Mobile Malaysia Media Launch 2

Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka Eropah iaitu Wiko Mobile kini telah memperkenalkan tiga model terbaru untuk pasaran Malaysia.

Ketiga-tiga model ini adalah Wiko Robby, Wiko Ufeel dan Wiko Ufeel lite.

Wiko Ufeel akan hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci , pemproses MediaTek MT6735, 3GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP , kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android Marshmallow.

Wiko Ufeel Lite pula akan hadir dengan IPS berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735,2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Wiko Robby hadir dengan skrin paparan IPS HD 5.5-inci, pemproses quad-core 1.3GHz , sistem operasi Android 6.0 , kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP, 1GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD , bateri berkapasiti 2500mAh dan sokongan dwi-SIM.

Wiko UFEEL , UFEEL Lite dan Robby kini telah mula ditawarkan melalui wakil pengedar sah masing-masing dengan harga penjualan RM 699 , RM 569 dan RM 449

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.