Lenovo Moto Z dan Moto Z Force dilancarkan secara rasmi
Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka didalam siri Moto Z dan model ini mempunyai dua versi iaitu Moto Z dan Moto Z Force.
Secara asasnya, kedua-dua telefon pintar ini adalah model yang sama namun ianya dibezakan dengan kapasiti bateri dan teknologi perlindungan skrin ‘ShatterShield’yang mana syarikat mendakwa skrin tidak akan pecah walaupun dijatuhkan secara sengaja.
Lenovo Moto Z hadir dengan skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM , dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB atau 64GB, kamera selfie 5MP (lensa lebar) , kamera utama 13MP dengan pemfokusan laser, OIS , dan lampu flash dwi-tona.
Selain itu, Lenovo Moto Z ini juga memiliki sensor capjari , bateri berkapasiti 2,600mAh ( dengan pengecasan pantas yang mampu menawarkan 8 jam pengunaan dengan pengecasan 15 minit melalui slot USB type-C.
Moto Z Force pula hadir dengan ketebalan 6.9mm ( Moto Z hanya 5.2mm) , namun ianya memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3,500mAh , sensor kamera yang lebih baik dan gelas perlindungan skrin ‘ShatterShield.
Bercakap mengenai sensor kamera Moto Z Force ini, ianya adalah kamera 21MP dengan aperture f.1.8, pemfokusan PDAF dan laser, dan OIS.
Dua keunikan yang dimiliki oleh telefon pintar ini adalah sokongan MotoMods yang mana anda boleh menggunakan beberapa aksesori modular bersama-sama telefon pintar ini.
Moto Z dan Moto Z Force dijangka akan memasuki pasaran utama pada bulan September 2016.