Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Jun 2016

Honor 8 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Jun 2016 1

honor v8

Laporan terbaru daripada China mendedahkan bahawa satu lagi telefon pintar Honor akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan telefon pintar ini dijangka akan disenaraikan sebagai peranti utama jenama Honor bersama-sama Huawei Honor V8.

Telefon pintar ini dijangka akan mempunyai nama Huawei Honor 8 dan ianya dijangka memiliki skrin paparan yang lebih kecil apabila dibandingkan dengan Honor V8.

Pengganti Honor 7 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci, pemproses Kirin 950 , 4GB RAM , kamera berkembar 12MP yang sama seperti pasa Honor V9 dan Huawei P9 , slot USB Type-C , pengecasan tanpa wayar , sensor inframerah dan bateri berkapasiti sekitar 3000mAh

Honor 8 ini akan hadir dengan reka bentuk panel belakang berasaskan gelas 2.5D yang dijangka akan menjadikan telefon pintar ini sebagai peranti Honor paling cantik pernah dikeluarkan.

Bercakap mengenai tarikh pelancaran Huawei Honor 8, ianya dijangka akan diperkenalkan secara pada bulan Jun 2016 iaitu kira-kira satu tahun selepas pelancaran Honor 7.

Honor 8 ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selepas Honor V8 telah disahkan tidak akan memasuki pasaran tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.