Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3 kini ditawarkan didalam warna emas ros – RM 1099

vivo v3 rose gold

Selepas melancarkan Vivo V3 Max ke pasaran Malaysia pada bulan April lalu, Vivo juga telah mula menawarkan Vivo V3 awal bulan ini.

Ketika pengumuman Vivo V3 ke pasaran Malaysia, Vivo hanya menawarkan V3 didalam warna emas namun kini Vivo telah mengumumkan penawaran warna emas ros bagi Vivo V3.

Vivo V3 warna emas ros ini hadir dengan harga penjualan RM 1099 dan stok bagi warna baru ini adalah sangat terhad.

Bercakap mengenai spesifikasi , Vivo V3 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 616, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,550mAh.

Selain itu, Vivo V3 ini juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan PDAF dan flash LED , kamera selfie 8MP, sensor capjari , slot microSD dan FunTouch OS 2.5 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Dari segi luaran, Vivo V3 ini hadir dengan reka bentuk yang sama seperti V3 Max dengan perbezaan paling ketara adalah pada skrin dimana V3 hadir dengan skrin paparan 5-inci dengan resolusi 720p manakala V3 Max hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi 1080p.

Selain itu, satu lagi perbezaan antara V3 dan V3 Max adalah dari segi bateri dimana V3 memiliki bateri berkapasiti 2,550mAh manakala V3 Max hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.