Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3Max dilancarkan secara rasmi – RM 1,399

image

Vivo Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu V3 Max dan ianya telahpun dibuka untuk tempahan dari 6 April ( sehingga hari ini) di Lazada dan SatuGadget.

Vivo V3Max ini telah diperkenalkan secara rasmi bersama-sama Vivo V3 di India dan kurang 10 hari selepas itu ianya kini memasuki pasaran Malaysia.

Bercakap mengenai spesifikasi , Vivo V3Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 2.5D) , pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 652 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM 4G LTE.

Selain itu, Vivo V3Max ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP yang mampu diaktifkan didalam masa 0.7saat. Kamera ini juga hadir dengan pemfokusan PDAF dan flash LED.  Vivo V3Max juga memiliki kamera selfie 8MP

Vivo V3Max juga memiliki cip audio AK4375 , sensor capjari pantas ( mempunyai kelajuan bacaan 0.2 saat/ 0.5 saat jika skrin tidak aktif) ,sokongan pengecasan pantas ‘Dual Charging Engine’ dan Funtouch OS 2.5 yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.

Selain itu, satu lagi ciri Vivo V3Max yang harus kami tekankan adalah teknologi pengunaan dua aplikasi secara serentak yang dikenali sebagai teknologi Smart Split.

Vivo V3Max ini akan ditawarkan didalam satu warna iaitu warna emas dengan harga penjualan RM 1,399.

image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.