Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Play Store akan mula ditawarkan pada peranti Chrome OS

f101_pixel2_silver_playstore

Google secara rasminya telah mengumumkan bahawa stor Google Play Store bakal disokong pada peranti Chrome OS tidak lama lagi. Perkara ini telah diumumkan oleh syarikat gergas ini di siding Google I/0 yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat.

Dengan pengumuman ini, pengguna akan mampu untuk memuaturun dan menggunakan apa sahaja aplikasi Android kegemaran anda pada peranti seperti Chromebook dan Chromebox.

Walaupun baru diumumkan secara rasmi, Google dikatakan telah mengkaji kemungkinan menawarkan Google Play Store pada peranti yang mempunyai sistem operasi Chrome OS.

Walaupun Google telah mengumumkan sokongan Google Play Store bagi Chrome OS namun ciri ini masih belum sedia untuk dilancarkan kepada pengguna. Google Play Store bagi Chrome OS ini akan mula ditawarkan kepada pembangun aplikasi mulai Jun.

Pada permulaanya, Google Play Store bagi Chrome OS ini hanya akan disokong oleh beberapa peranti seperti Chromebook Pixel , Asus Chromebook Flip dan Acer R11.  Tujuan utama Google melakukan perkara ini adalah untuk meletakkan fokus kepada peranti yang mempunyai skrin sesentuh dan pada masa yang sama juga memberikan masa kepada pembangun aplikasi untuk menambah sokongan papan kekunci fizikal pada aplikasi Android mereka.

Aplikasi Google Play Store pada Chrome OS juga akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti pada telefon pintar dan tablet Android yang lain dan ianya juga akan menerima akses tanpahad sistem fail Chrome OS, Wi-Fi dan juga Bluetooth.

Aplikasi yang dimuat turun juga mampu menghantar nofikasi pada komputer riba Chrome OS ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.