Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[Eksklusif] Samsung Galaxy Tab A 7.0 2016 akan mempunyai harga dari RM 799

galaxy tab a 2016

Samsung Galaxy Tab A hadir didalam dua versi yang mempunyai saiz skrin paparan yang berbeza ( dan lain-lain spesifikasi dalaman).

Jika Samsung Galaxy Tab A 10.1 (2016) baru dilancarkan beberapa minggu lalu, Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) nampaknya bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Walaupun masih belum disahkan secara rasmi kami secara eksklusifnya boleh mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) ini akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 799.

Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 7.0-inci dengan resolusi 800 x 1280 piksel dan kepadatan piksel yang dimiliki skrin paparan ini adalah 216ppi.

Selain itu, Tab A 7.0 (2016) ini juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 410, GPU Adreno 306, 1.5GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) juga hadir dengan kamera utama 5MP, kamera selfie 2MP , slot microSD ( menyokong kad microSD sehingga 200GB) , Wi-Fi 802.11 b/g/n dan TouchWiz UI berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) akan hadir didalam versi Wi-Fi dan juga versi Wi-Fi + SIM dengan dua jenis warna iaitu warna hitam dan warna putih.

Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang maklumat akan bila Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) akan mula dijual dipasaran Malaysia namun kami merasakan anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membelinya.

de_SM-T280NZKADBT_000000006_Dynamic_black

SM-T280NZKADBT-310553-0 de_SM-T280NZKADBT_000000001_Front_black de_SM-T280NZKADBT_000000002_Back_black SM-T280NZKADBT-71-0 SM-T280NZKADBT-35-0 SM-T280NZKADBT-23-0

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.