Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 telah dikesan di AnTuTu – memiliki pemproses Snapdragon 820

asus zenfone 3 my

Telefon pintar utama Asus bagi tahun 2016 iaitu Zenfone 3 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan di majlis pelancaran Zenvolution yang akan diadakan di Taiwan pada 30 Mei ini.

Selain itu, video teaser Siri Asus Zenfone 3 yang dikeluarkan semalam juga telah memberikan pengesahan bahawa tiga model telefon pintar utama Asus ini akan dilancarkan dan disusuli dengan pameran di Computex.

Dengan pelancaran hanya berbaki 11 hari sahaja lagi, Asus ZenFone 3 kini telah dikesan di AnTuTu yang memberikan kita sedikit sebanyak maklumat spesifikasi telefon pintar ini. Asus ZenFone 3 dilihat akan hadir sebagai telefon pintar premium dan ianya akan memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 820, GPU Adreno 530, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Asus ZenFone 3 juga akan memiliki kamera utama 23MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Salah satu maklumat yang tidak didedahkan oleh ujian AnTuTu ini adalah maklumat skrin paparan namun ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p (saiz tidak dapat disahkan).

Bersama-sama maklumat spesifikasi ini, AnTuTu juga telah mendedahkan bahawa Asus ZenFone 3 ini telah menerima 135,000 mata pada ujian ini. Jumlah ini meletakkan Asus ZenFone 3 setaraf dengan telefon pintar utama syarikat lain seperti Xiaomi Mi 5, HTC 10 dan Samsung Galaxy S7.

Asus ZenFone 3 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mei ini dan ianya akan hadir didalam tiga model iaitu ZenFone 3 , ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Max.

sumber

index

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.